Cikgu Shahrul's FotoPage

By: Cikgu Shahrul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 7-Aug-2007 13:30 Email | Share | | Bookmark
Malam Kebudayaan KRS Peringkat Kebangsaan

tajuk
Persediaan
 
View all 30 photos...
Perkhemahan KRS peringkat kebangsaan telah dijalankan di Kuala kangsar yang disertai oleh semua negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia, pada 29 Julai hingga 3 Ogos 2007.

Pasukan Kebudayaan SMKJJ telah diberi penghormatan untuk mempersembahkan tarian dabus sempena malam kebudayaan yang bertempat di dewan SMK Bukit Merchu Kuala Kangsar. Pasukan ini disertai oleh 8 orang penari lelaki dan beberapa orang penari pelapis. Mereka berangkat ke Kuala Kangsar dengan menaiki bas JPN Perak pada pukul 4.30 petang dan mempersembahkan tarian tersebut pada pukul 8.30 malam.

Terdapat 15 persembahan, dan pasukan SMKJJ mendapat giliran yang ke-5. Mereka pulang ke SMKJJ pada pukul 12.30 malam.

Tahniah.


Tuesday, 7-Aug-2007 12:27 Email | Share | | Bookmark
Sukan Komuditi DUN Manjoi

Pasukan final bola sepak
 
aksi
View all 18 photos...
Karnival Sukan Komuditi Peringkat DUN Manjoi telah diadakan pada 4 dan 5 Ogos bertempat di padang SK Dato' Ahmad Said Tambahan. Permainan yang dipertandingkan ialah bola sepak 9 sebelah bawah 15 dan juga bola jaring 6 sebelah bawah 15.

Tetamu kehormat yang menutup dan menyampaikan hadiah ialah Datuk Nazri, ADUN Manjoi.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang pesta tersebut, menggunakan NIKON D40 DSLR.


Tuesday, 17-Jul-2007 00:12 Email | Share | | Bookmark
Kursus Kepimpinan Pengawas di Lubuk Klah, Sg Siput

Sebelum bertolak
Masa dalam bas
Sesi taklimat awal
View all 45 photos...
Kursus Kepimpinan Pengawas SMK Jelapang Jaya telah diadakan di Lubuk Klah, Sg Siput, Perak pada 20 hingga 22 April 2007. Kursus ala perkhemahan ini melibatkan semua pengawas SMKJJ yang diisi dengan pelbagai pengisian rohani dan jasmani. Aktiviti lasak juga turut dijalankan seperti River Crossing, Jungle Tracking, Night Walk dan Rafting.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net